RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
87 FARDU MANDI 1) Berniat bersamaan dengan membasuh mana-mana bahagian tubuh, lafaz niatnya, َ ال َ ع َ ِِ تـ ل ا ً ض ْ ر َ فـ ِ َ ب ْ ك َ الأ ِ ث َ د َ ْ ا ِ ع ْ ف َ ر ِ ل َ ل ْ س ُ غ ْ ال ُ ت ْ ي َ و َ نـ Ertinya: “Aku niat mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dari seluruh tubuh fardu kerana Allah SWT.” 2) Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh. 3) Membasuh seluruh badan dengan air, yakni merata- kan air ke seluruh rambut dan kulit. SUNAH-SUNAH MANDI 1) Buang air kecil sebelum mandi 2) Membaca basmalah ketika memulai mandi. 3) Berwudhu sebelum mandi. 4) Berkumur dan menghirup air ke hidung. 5) Menggosok seluruh tubuh dengan tangan terutama anggota badan yang sulit terjangkau air seperti telinga, ketiak, pusat dan lipatan-lipatan kulit. 6) Tertib dan muwalat, yakni tidak menghentikan mandi. 7) Menyiram air pertama kali ke kepala, diteruskan ke bahu kanan dan bahu kiri. 8) Mendahulukan anggota badan sebelah kanan kemudian sebelah kiri. 9) Menutup aurat ketika mandi wajib. 10) Tidak memotong kuku dan bulu sebelum mandi. 11) Janganbercakap-cakap,kecuali keadaan memaksa.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=