RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
67 3) Menutup aurat 4) Menghadap qiblat 5) Mengetahui bahawa waktu solat telah masuk TAHARAH (BERSUCI) Taharah menurut bahasa ertinya membersihkan, sedangkan menurut istilah, taharah adalah menghilangkan hadas, najis, dan kotoran dengan menggunakan air atau tanah yang bersih. Taharah terbahagi menjadi dua, iaitu 1) Taharah dari hadas adalah menghilangkan hadas yang terdapat pada badan dengan mengambil wudhu, mandi wajib, atau tayamum. 2) Taharah dari najis adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan, tempat, dan pakaian. Syarat sah solat yang pertama adalah bertaharah dari hadas. Adapun hadas ini terbahagi menjadi dua, iaitu hadas kecil dan hadas besar. Hadas kecil adalah kondisi seseorang yang tidak dalam keadaan berwudhu. Hadas besar adalah kondisi seseorang yang sedang dalam keadaan junub dan bagi perempuan dalam keadaan haid atau nifas. Orang yang akan melaksanakan solat, baik lelaki mahupun perempuan, disyaratkan berwudhu bagi orang yang berhadas kecil, dan mandi wajib bagi orang yang berhadas besar.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=