RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

58 pun terluka dan keluar darah dari salah satu bahagian tubuhnya. Kemudian, ia pun mengerjakan solat. Menurut mazhab Hanafi, solat yang dilakukan orang tersebut tidak sah kerana wudhunya sudah batal dengan sebab mengalirnya darah yang keluar dari tubuhnya, dan menurut mazhab Syafi’i juga tidak sah kerana orang itu batal wudhunya dengan sebab menyentuh wanita. Kerana kedua mazhab tidak mengakui sahnya solat orang tersebut, perbuatan itu dinamakan talfiq, tidak diakui oleh kedua imam yang bersangkutan. Catatan: ImamSyafi’i RHberkata, “Jika terdapat sebuah hadis sohih dalam sesuatu masalah, itulah mazhabku. Jika kalian menemukan pendapatku yang bertentangan dengan suatu hadis, buanglah pendapat itu.” Perkataan ini hanya ditujukan kepada orang yang telah mencapai darjat mujtahid dalam mazhab, bukan kepada orang awam. Apabila ada pendapat beliau yang bertentangan dengan suatu hadis sohih, ini bukan bererti beliau tidak mengetahui adanya hadis tersebut. Boleh jadi beliau meninggalkan hadis tersebut kerana adanya nasikh, tarjih, takhsis, atau lain-lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=