RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
57 SYARAT-SYARAT TAKLID 1) Mazhab yang diikuti haruslah tersusun secara sistematik. 2) Harus mengetahui syarat-syarat dan rukun-rukun suatu masalah yang terdapat pada mazhab yang diikuti. 3) Niat taklid dilakukan sebelum memulai sesuatu amal perbuatan. 4) Tidak mengikuti pendapat yang termudah sahaja dari setiap mazhab. 5) Harus bertaklid kepada seorang mujtahid meskipun setingkat mujtahid tarjih, seperti Imam Nawawi RH. Akan tetapi, apabila para ulama menganggap pendapat seorang mujtahid dalam sebuah masalah sebagai pendapat yang dhaif atau mujtahid tersebut berpaling dari pendapatnya sendiri, kita tidak boleh beramal dengan pendapat mujtahid tersebut. 6) Tidak mencampuradukkan mazhab dalam suatu amalan (talfiq). 7) Meyakini keunggulan pendapat yang diikuti atau paling tidak menyamai pendapat lain. Talfiq adalah taklid kepada dua orang imam dalam satu amal ibadah, tetapi kedua imam yang bersangkutan tidak mengakui sahnya amal ibadah tersebut kerana tidak sesuai dengan pendapat mereka masing-masing. Misalnya, seseorang berwudhu untuk melakukan solat, kemudian ia tersentuh wanita. Bukan hanya itu, ia
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=