RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
56 TAKLID Taklid adalah beramal dengan mengikuti pendapat seorang mujtahid tanpa mengetahui dalilnya. Seorang muslim yang bukan mujtahid, wajib bertaklid kepada salah satu dari empat imam mazhab. Untuk dapat bertaklid, cukup berniat di dalam hati dan tidak disyaratkan mengucapkannya dengan lisan. Barang siapa mengikuti salah satunya, dia terbebas dari tuntutan hukum. Seseorang itu tidak boleh mengikuti selain mazhab yang empat di dalam fatwa kerana terdapat ijma’ umat di dalam permasalahan ini. Tidak diperbolehkannya bertaklid kepada selain empat mazhab ini bukan kerana adanya kekurangan pada mazhab lain dan mazhab-mazhab ini lebih utama daripada yang lainnya, tetapi kita tidak boleh bertaklid kerana mazhab yang lain tidak tersusun secara sistematik dan tidak sampai kepada kita secara mutawatir. Orang yang bertaklid kepada salah satu dari empat mazhab ini, diperbolehkan berpindah kepada mazhab lain yang diinginkannya. Apabila seseorang mendapat kesulitan di dalam mazhabnya sendiri, dia boleh bertaklid kepada mazhab lain baik secara keseluruhan mahupun sebahagian.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=