RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
54 ijtihad. Para imam mazhab belajar masalah-masalah agama dari para sahabat dan tabi’in, kemudian mereka mengumpulkan dan mencatat segala sesuatu yang telah mereka pelajari. Jika ada masalah-masalah yang tidak terdapat di dalam al-Qur’an, hadis, dan ijma’, mereka mengeluarkan pendapat-pendapat mereka sendiri dengan cara berijtihad berdasarkan sumber syari’at mengenai masalah tersebut. Dengan begitu, terbentuklah mazhab- mazhab. Mazhab terbahagi kepada dua, iaitu 1) Mazhab dari segi akidah (i’tikad) 2) Mazhab dari segi amal (fekah) Mazhab yang benar dari segi akidah adalah mazhab Ahli Sunnah wal Jama‘ah. Mazhab ini adalah mazhab orang-orang yang mengikuti Rasulullah SAW dan para sahabatnya. IMAM-IMAM DARI SEGI AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH 1) Imam Abu Hasan al-Asy’ari RH dilahirkan pada tahun 260 Hijriah (873 M) di Basra dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 324 Hijriah (936 M). 2) Imam Abu Mansur al-Maturidi RH dilahirkan pada tahun 280 Hijriah (894 M) di Samarkand yang terdapat di Turkistan dan meninggal dunia di Samarkand juga pada tahun 333 Hijriah (945 M).
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=