RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
53 4. Ashabut Tarjih , iaitu mujtahid yang memilih salah satu pendapat terkuat dari pendapat-pendapat yang ada. Contohnya, Imam Rafii RH, Imam Nawawi RH, dan lain-lain. 5. Ulama Ahli Fatwa , iaitu ulama yang menghafal, mengutip dan memahami mazhab imamnya secara mendalam. Contohnya, ulama-ulama di bawah mujtahid tarjih. CARA MENDAPATKAN ILMU 1) Khawas as-Salimah adalah ilmu yang diketahui melalui pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran, penciuman, perasaan, dan sentuhan. 2) Khabar as-Sadiq adalah khabar yang benar, ada dua: a) Khabar yang berasal dari para nabi. b) Khabar mutawatir, yakni khabar yang berasal dari golongan orang yang dapat dipercayai. 3) ‘Akal MAZHAB Mazhab adalah pengumpulan hukum-hukum yang didapatkan oleh mujtahid mustaqil dari sumber hukum Islam. Ketika Rasulullah SAW masih hidup, para sahabat dapat bertanya langsung kepada beliau mengenai sesuatu hukum yang mereka tidak ketahui atau tidak mengerti. Setelah Rasulullah SAW wafat, orang-orang muslim bertanya kepada para sahabat yang mampu melakukan
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=