RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

52 4) Mengetahui tempat-tempat ijma’. 5) Menguasai usul fekah. 6) Mengetahui maksud-maksud hukum. 7) Memahami masyarakat dan adat-istiadatnya. 8) Mempunyai akidah dan niat yang benar. 9) Bersifat adil dan takwa. TINGKATAN MUJTAHID 1. Mujtahid Mustaqil , iaitu mujtahid yang telah memenuhi semua syarat-syarat di atas dan menguasai kaedah istinbat (usul fekah), serta dapat menerapkannya berdasarkan kaedah tersebut untuk membentuk hukum fekah. Contohnya, para imam mujtahid yang empat, iaitu Imam Abu Hanifah RH, Imam Malik RH, Imam Syafi’i RH, dan Imam Ahmad bin Hanbal RH. 2. Mujtahid Muntasib , iaitu mujtahid yang mengikuti imamnya (mujtahid mustaqil) dalam masalah usul fekah meskipun mereka mampu merumuskannya sendiri. Akan tetapi, mereka bebas berijtihad dalam masalah furu’. Contohnya, Imam Ghazali RH, Imam Haramain RH, dan Imam Syirazi RH. 3. Ashabut Tahrij , iaitu mujtahid yang mengikuti imamnya dalam usul mahupun furu‘. Mereka melakukan istinbat hukum terhadap masalah-masalah yang belum diriwayatkan oleh imamnya. Contohnya, ImamBuwaithi RH dan Imam Muzani  RH.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=