RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
51 IJTIHAD DAN MUJTAHID Ijtihad adalah usaha sungguh-sungguh yang dilakukan oleh mujtahid untuk mengeluarkan hukum syar’i dari sumber syariat. Mujtahid adalah ulama besar yang mampu mengeluarkan hukum syar’i dari sumber syariat, iaitu al- Qur’an dan sunah, serta dapat meng-qiyaskan sesuatu hukum. Selain menguasai seluruh ilmu agama, seorang mujtahid juga harus memiliki ilmu laduni yang diberikan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila seorang hakim (mujtahid) menetapkan hukum dengan jalan ijtihad, kemudian ia benar, ia mendapatkan dua pahala. Namun, jika ia menetapkan hukum dengan jalan ijtihad, kemudian ia keliru, ia pun mendapatkan satu pahala.” SYARAT MUJTAHID Tidak semua orang dapat berijtihad dan mengeluarkan fatwa. Untuk mencapai darjat mujtahid, seseorang harus memenuhi syarat-syarat berikut ini. 1) Menguasai ilmu bahasa Arab, seperti nahwu, sorof, balaghah, badi’, mantiq, bayan, dan lain-lain yang terdiri dari 19 jenis ilmu alat. 2) Menguasai dan menghafal al-Quran beserta asbabun nuzulnya, serta ayat-ayat nasikh dan mansukh. 3) Menghafal lebih dari 400 ribu hadis beserta asbabul wurudnya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=