RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
50 6) Sah adalah sesuatu yang telah memenuhi syarat dan rukun dalam sebuah ibadah. 7) Batal adalah sesuatu yang belum dipenuhi syarat dan rukun dalam sebuah ibadah. SYARAT DAN RUKUN Syarat adalah sesuatu yang harus dipenuhi sebelum mengerjakan sesuatu perkara. Jika syarat sesuatu tidak sempurna, pekerjaan itu tidak sah. Contohnya, menutup aurat untuk melaksakan solat. Rukun adalah sesuatu yang harus dipenuhi ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Contohnya, membaca surah Al-Fatihah dalam solat. ADILLAH SYAR’IYYAH (DALIL-DALIL) Adillah Syar’iyyah adalah sumber-sumber yang menjadi dasar untuk mengeluarkan hukum-hukum syar’i. Ada empat sumber hukum Islam, iaitu 1) Kitab adalah al-Quran ul-Karim. 2) Sunah adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW, baik berupa perkataan, perbuatan mahupun persetujuan. 3) Ijma Umat adalah kesepakatan para ulama mujtahid pada sesuatu masa atas sesuatu hukum syariat. 4) Qiyas adalah menyamakan suatu perkara, yang hukum syar’i-nya tidak ada, dengan perkara lain yang ada nas hukumnya kerana adanya kesamaan ‘illat di antara keduanya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=