RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
49 b) Sunnah Ghairu Mu’akkad adalah sunah yang jarang dilakukan oleh Rasulullah SAW, iaitu suatu perkara yang apabila dikerjakan mendapat pahala, dan apabila ditinggalkan tidak berdosa dan tidak pula mendapat celaan, seperti solat sunah Qabliyah Asar dan Isya’, puasa Isnin-Khamis, dan sebagainya. 3) Mubah adalah sesuatu perkara yang boleh dikerjakan dan boleh pula ditinggalkan. Apabila seseorang mengerjakan atau meninggalkan perkara tersebut, dia tidak akan mendapat pahala dan juga tidak berdosa. Contohnya, makan, minum, duduk, berdiri, dll. 4) Makruh adalah sesuatu larangan yang tidak ditetapkan secara qat’i. Erti kata lain, sesuatu perkara yang tidak disukai dan dapat mengurangi nilai pahala. Apabila perkara tersebut dikerjakan, orang yang mengerjakannya tidak akan berdosa, tetapi jika ditinggalkan, ia akan mendapat pahala. Makruh terbahagi menjadi dua, iaitu a) Makruh Tahrim adalah perkara makruh yang lebih dekat kepada haram. b) Makruh Tanzih adalah perkara makruh yang lebih dekat kepada halal. 5) Haram adalah sesuatu tuntutan yang ditetapkan secara qat’i dan dilarang untuk mengerjakannya. Apabila mengerjakan perkara tersebut, kita akan berdosa, dan apabila meninggalkannya, kita akan mendapat pahala. Contohnya, minum-minuman keras, berzina, mencuri, dan sebagainya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=