RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

48 1)Fardu (wajib) adalahsesuatu tuntutanyangditetapkan secara pasti (qat’i) dan harus dikerjakan oleh semua mukalaf. Jika seseorang mengerjakan perkara tersebut, dia akan mendapat pahala, tetapi jika meninggalkannya, dia akan berdosa. Fardu terbahagi menjadi dua, iaitu a) Fardu ‘Ain adalah sesuatu perkara yang harus dikerjakan oleh semua mukalaf. Contohnya, solat lima waktu, puasa bulan Ramadan, mengeluarkan zakat, dan sebagainya. b) Fardu Kifayah adalah sesuatu perkara yang harus dikerjakan oleh sebahagian orang muslim. Jika sudah ada yang mengerjakannya, orang muslim yang lain terlepas dari kewajipan tersebut. Namun, jika sama sekali tidak ada yang mengerjakannya, setiap orang muslim yang mukalaf akan mendapat dosa. Contohnya, mengurus jenazah. 2) Sunah adalah sesuatu tuntutan yang tidak ditetapkan secara qat’i. Jika seseorangmengerjakan perkara tersebut, dia akan mendapat pahala, tetapi jika meninggalkannya, dia tidak berdosa. Sunah terbahagi menjadi dua, iaitu a) SunahMu’akkad adalah sunah yang seringdikerjakan oleh Rasulullah SAW, iaitu sesuatu perkara yang apabila dikerjakan mendapat pahala, dan apabila ditinggalkan tidak berdosa. Akan tetapi, orang yang meninggalkanya akan mendapat celaan pada hari kiamat. Misalnya, solat sunah Qabliyah Subuh, solat Tarawih dan solat Raya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=