RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

44 5) Menghormati Mukaddasat (segala sesuatu yang dimuliakan agama Islam) dan tidak meremehkannya. 6) Tidak putus asa dari rahmat Allah SWT. 7) Dapat membezakan antara orang islam dan orang kafir. 8) Seseorang itu akan menjadi murtad apabila menganggap orang yang melakukan permusuhan terhadap agama secara lisan, tulisan atau perbuatan sebagai orang islam. Selain itu, seseorang itu akan menjadi murtad apabila menganggap orang yang berdakwah dan mengabdi kepada agama Islam sebagai orang kafir. 9) Tidak menyandarkan tempat kepada Allah SWT. Misalnya, orang yang mengatakan bahawa Allah SWT berada dan bersemayam di langit, maka orang tersebut menjadi murtad. 10) Percaya kepada al-Qur’an tanpa keraguan sedikit pun. Misalnya, orang yang mengatakan bahawa al- Qur’an memiliki kekurangan atau tambahan, dan Malaikat Jibril AS melakukan kesalahan, maka orang tersebut akan menjadi murtad. BENTENG-BENTENG KEIMANAN Iman merupakan sebuah cahaya (nur) yang Allah SWT letakkan ke dalam hati orang mukmin. Adapun benteng­ benteng keimanan adalah ibadah wajib, sunah, baik muakkad mahupun ghairu muakkad, nafilah serta adab- adab dalam beribadah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=