RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
43 manusia adalah kasib (berusaha sambil menginginkan), sedangkan Allah SWT adalah Khaliq (Maha Pencipta). Qadha adalah pengetahuan dan kehendak Allah SWT dengan ilmuNya sendiri sejak zaman azali yang berhubungan dengan segala sesuatu. Qadar adalah perwujudan segala sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT ketika waktunya tiba sesuai dengan pengetahuan dan kehendakNya. Misalnya, pengetahuan dan takdir Allah SWT pada zaman azali mengenai akan lahirnya seorang manusia pada suatu hari adalah qadha, sedangkan lahirnya orang tersebut pada hari yang telah ditentukan adalah qadar. HAL-HAL YANG HARUS DIPERHATIKAN DALAM MENJAGA KEIMANAN Iman adalah sesuatu perkara yang sangat penting bagi seluruh manusia di dunia. Mereka diharuskan untuk beriman dan membawa keimanannya sampai akhirat. Oleh kerana itu, seluruh orang mukmin perlu mengetahui dan memerhatikan halhal dibawah ini. 1) Percaya kepada hal-hal yang ghaib. Ghaib adalah segala sesuatu yang tidak dapat dirasakan oleh panca indera, seperti Allah SWT, malaikat, syurga, neraka dan jin. 2) Tidak mengharamkan suatu perkara yang halal. 3) Tidak menghalalkan suatu perkara yang haram. 4) Sentiasa bertakwa kepada Allah SWT.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=