RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

42 IMAN KEPADA QADHA DAN QADAR Beriman kepada qadha dan qadar merupakan rukun iman yang keenam. Kerana pembahasan qadha dan qadar terkadang sukar difahami, untuk mempermudah memahami pembahasan ini, sebelum itu kita akan menjelaskan pembahasan Iradah Juz’iyyah. Iradah Juz’iyyah adalah hak memilih atau kebebasan terbatas yang diberikan oleh Allah SWT kepada para hambaNya. Akan tetapi, kepentingannya sangat besar. Jika manusia menggunakan iradah juz’iyyah-nya untuk kebaikan, Allah SWT pun menciptakan kebaikan untuknya. Begitu juga sebaliknya, jika manusia menggunakan iradah juz’iyyah-nya untuk keburukan, Allah SWT juga akan menciptakan keburukan untuknya. Oleh kerana itu, manusia akan mendapatkan syurga atau neraka dengan iradah ini. Tentunya, Allah SWT adalah MahaPencipta. JikaAllahSWT tidakmenghendaki sesuatu, tidak ada sesuatu apa pun yang akan terjadi. Alhasil,

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=