RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
40 Sirat adalah sebuah jambatan atau titian menuju syurga yang terbentang di atas neraka, yang harus dilewati oleh seluruh manusia dan jin. Dalam satu riwayat dijelaskan bahawa titian tersebut lebih nipis daripada helaian rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Telaga Kauthar (Haudh Kauthar) adalah sebuah telaga yang terdapat di syurga, airnya lebih manis daripada madu, lebih putih daripada susu dan lebih sejuk daripada ais. Orang yang minum dari sungai tersebut tidak akan haus lagi untuk selama-lamanya. Neraka adalah tempat penyeksaan bagi orang-orang kafir. Mereka akan tinggal abadi di dalamnya, sedangkan orang-orang mukmin yang berdosa akan menghuni neraka dalam beberapa waktu yang ditentukan oleh Allah SWT. Neraka terdiri dari tujuh tingkatan , iaitu 1) Jahanam diperuntukkan bagi orang mukmin yang akan diseksa sesuai kadar dosanya. Neraka ini akan lenyap setelah seksaan semua kaum mukmin selesai. 2) Lazha diperuntukkan bagi orang Yahudi. 3) Hutamah diperuntukkan bagi orang Nasrani. 4) Sa‘ir diperuntukkan bagi kaum Shabi’in, yakni kelompok Yahudi yang bertambah-tambah kesesatannya. 5) Saqar diperuntukkan bagi orang Majusi, yakni para penyembah api. 6) Jahim diperuntukkan bagi para penyembah berhala. 7) Hawiyah diperuntukkan bagi kaum munafik.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=