RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
37 PARA IMAM ADALAH ORANG ADIL Kita juga harus meyakini bahawa para imam dalam agama Islam adalah orang-orang yang adil. Barang siapa mengikuti salah satu dari mereka, dia akan selamat. Para imam itu terbahagi menjadi tiga kategori, iaitu 1) Para imam yang menggali ilmu (istinbat) dan menetapkan hukum-hukum dari Al-Qur’an dan hadis yang berkaitan dengan masalah fekah seperti Imam Abu Hanifah RH dan Imam Syafi’i RH. 2) Para imam yang menekuni dan menjelaskan masalah- masalah akidah. Mereka adalah Imam Asy’ari RH dan Imam Maturidi RH. Mereka menetapkan dalil aqli dan dalil naqli untuk menjelaskan masalah-masalah tersebut. 3) Para imam yang menekuni dan menjelaskan masalah tasawuf, pembersihan hati dan jiwa dari kotoran-kotoran batin serta penyakit-penyakit hati, seperti sombong dan hasad. Di antara mereka adalah Abu Yazid Al-Bustami KS, Syekh Abdul Khaliq Ghujduwani KS, Syekh Bahauddin An-Naqsyabandi KS, ImamRabbani KS, ImamGhazali RH, Abdul Qadir Al-Jailani KS, Abu Al-Faruq Sulaiman Hilmi Tunahan KS.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=