RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
35 SAHABAT NABI SAW Sahabat nabi adalah orang islam yang pernah melihat NabiMuhammadSAWataupernahhadirdalamceramahnya meskipun hanya sekali dalam keadaan beriman. Sebagai seorang mukmin, kita tidak boleh berbicara tentang para sahabat dengan kata-kata yang kurang baik. Iman seorang mukmin yang memburuk-burukkan salah satu sahabat nabi SAW, pasti akan melemah dan kemungkinan besar dia tidak dapat membawa imannya sampai ke akhirat. Para sahabat dikategorikan dalam dua kelompok, iaitu 1) Muhajirin 2) Ansar Muhajirin adalah orang mukmin yang berhijrah dari Makkah ke Madinah demi mengharapkan redha Allah SWT dengan meninggalkan harta bendanya di Makkah. Ansar adalah orangmukmin yang tinggal di Madinah dan sering membantu kaum muhajirin dengan harta bendanya. Sahabat Nabi SAWadalah orang-orang yang palingmulia setelah para nabi dan rasul. Di antara mereka, ada empat orang yang mempunyai gelaran Khulafa Ar-Rasyidin . Mereka adalah seperti berikut. 1) Abu Bakar As-Siddiq RA 2) Umar bin Khattab RA 3) Uthman bin Affan RA 4) Ali bin Abi Talib KW
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=