RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
32 tanpa merahsiakannya sedikit pun, mustahil jika rasul menyembunyikan risalahnya (kitman). 4) Fathanah ertinya memiliki kecerdikan, mustahil jika rasul bodoh (baladah). Selain sifat-sifat yang disebutkan di atas, para nabi dan rasul maksum iaitu, terbebas dari perbuatan dosa dan terlepas dari kekeliruan. Sifat jaiz bagi para nabi dan rasul adalah ’Aradhul Basyariyyah, yakni mereka mempunyai sifat seperti manusia yang lain, misalnya makan, minum, merasakan dahaga, lapar dan mereka pun mengalami sakit. Akan tetapi, hal-hal ini tidak dapat mengurangi darjat mereka. Rasulullah SAW adalah penutup para nabi dan rasul. Beliau juga dianugerahkan oleh Allah SWT dengan beberapa keistimewaan berbanding dengan yang lain, iaitu 1) Nabi Muhammad SAW adalah ( افضل الانبياء ), iaitu nabi yang paling utama serta pemimpin para nabi dan rasul. 2) Nabi Muhammad SAW diutus untuk seluruh makhluk di alam semesta, baik manusia mahupun jin. 3) Nabi Muhammad SAW adalah penutup para nabi dan rasul ( خاتم الانبياء ), iaitu setelah beliau tidak ada lagi nabi dan rasul. 4) Nabi Muhammad SAW telah diutus sebagai rahmat bagi semesta alam (rahmatan lil ‘alamin). 5) Syariat yang dibawa Nabi Muhammad SAW akan terus berlanjutan sampai hari kiamat.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=