RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
31 23) Yahya AS 24) Isa AS 25) Muhammad SAW NABI-NABI ULUL AZMI Kita juga harus meyakini bahawa di antara para nabi dan rasul, terdapat 5 rasul yang mendapatkan gelaran ulul azmi kerana ketabahan dan kegigihan mereka yang luar biasa dalam menyampaikan risalah yang dipikulnya. Kelima rasul itu adalah seperti berikut. 1) Nabi Muhammad SAW 2) Nabi Ibrahim AS 3) Nabi Musa AS 4) Nabi Isa AS 5) Nabi Nuh AS SIFAT-SIFAT RASUL Sifat-sifat para nabi dan rasul yang wajib diketahui adalah seperti berikut. 1) Siddiq ertinya jujur atau benar dalam setiap ucapan dan perbuatan, mustahil jika rasul memiliki sifat bohong (kazib). 2) Amanah ertinya seseorang yang dapat dipercayai dalam menyampaikan ajaran yang dibawanya, mustahil jika mereka berkhianat. 3) Tabligh ertinya menyampaikan segala perintah dan larangan Allah SWT kepada umat manusia
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=