RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

290 dan saya bersaksi bahawa nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah.) 2) Menunaikan solat lima waktu 3) Puasa di bulan Ramadhan 4) Membayar zakat jika telah mencapai nisab 5) Pergi haji jika mampu Soal: Apa yang dimaksudkan dengan fardu? Jawab: Sesuatu yang wajib dilakukan atas perintah Allah SWT berdasarkan dalil qat’i. Barang siapa mengingkarinya, nescaya dia kafir, sedangkan orang yang meninggalkannya akan mendapatkan azab. Soal: Apa yang dimaksudkan dengan haram? Jawab: Sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT berdasarkan dalil qat’i. Barang siapa menghalalkan sesuatu yang haram, nescaya dia kafir, dan barang siapa melakukan sesuatu yang haram pasti akan terkena azab. Soal: Fardu terbahagi kepada berapa bahagian? Jawab: Fardu terdiri atas dua bahagian. 1) Fardu ain: Kewajipan yang diperintahkan kepada mukalaf berkaitan dengan dirinya dan tidak boleh ditinggalkan ataupun dilaksanakan oleh orang lain, seperti solat lima waktu, mandi wajib, wudhu, dll 2) Fardu kifayah: Kewajipan bersama bagi mukalaf, yang apabilasudahdilaksanakanolehsebahagianorangdi antara mereka, yang lain terbebas dari kewajipan itu, misalnya kewajipan mensolatkan dan menguburkan  jenazah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=