RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

289 masuk ke dalam neraka Jahannam dan kekal di dalamnya, sedangkan mereka yang tidak termasuk orang kafir akan tinggal di nereka hingga kesalahan-kesalahannya diampuni, kemudian dipindahkan ke syurga. Adapun mereka yang telah masuk ke dalam syurga tidak akan keluar dari sana. Kerana, akhirat adalah suatu yang kekal, sedangkan dunia adalah sesuatu yang fana. Syurga dan neraka adalah dua tempat yang abadi. Soal: Bagaimana kamu beriman kepada qadar Allah SWT, baik yang berupa kebaikanmahupun keburukan? Jawab: Seluruh perkataan, perbuatan, kebaikan, keburukan, keimanan, mahupun kekafiran manusia yang ada di alam semesta semuanya terjadi atas ilmu Allah SWT beserta iradah, qadha, qadar, penciptaan dari tiada menjadi ada, dan ketetapan yang tertulis di Lauhul Mahfuz. Semua kebaikan yang terdapat dalam qadar tersebut terjadi atas kasih sayang dan redha Allah SWT. Sementara itu, keburukan yang terjadi lantaran tidak adanya kasih sayang dan redha Allah SWT. Semua hamba Allah SWT memiliki kasb atau iradah juz’iyyah. Oleh sebab itu, mereka memperoleh pahala dan menerima azab. Soal: Berapakah jumlah rukun Islam? Sebutkan! Jawab: Ada 5, 1) Mengucapkan dua kalimah syahadah; Asyhadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna muhammadan rasulullah (Saya bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah,

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=