RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
28 2) Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS 3) Kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS 4) Kitab suci Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai pedoman dan mukjizat terbesar. Al-Qur’an merangkumi semua kandungan kitab-kitab Ilahi terdahulu. Kita harus meyakini bahawa Al-Qur’an telah menghapus semua syariat dan hukum yang terdapat dalam kitab- kitab sebelumnya. Perkara yang perlu diingat bahawa Al-Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang dijamin dan dilindungi oleh Allah SWT. Al-Qur’an tidak akan mengalami perubahan hingga hari pembalasan nanti. Kitab suci Al-Qur’an memiliki 6666 ayat yang terbahagi dalam 114 surah. Ayat-ayat ini dapat kita perincikan seperti berikut. 1) 1000 ayat tentang perintah 2) 1000 ayat tentang larangan 3) 1000 ayat tentang khabar bahagia 4) 1000 ayat tentang ancaman dan hukuman 5) 1000 ayat tentang perumpamaan dan tamsil 6) 1000 ayat tentang kisah-kisah dan sejarah 7) 500 ayat tentang hukum, iaitu halal dan haram 8) 100 ayat tentang doa dan tasbih 9) 66 ayat nasikh dan mansukh
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=