RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

287 Soal: Bolehkah kamu menyebutkan nama-namanya? Jawab: Adam, Idrid, Nuh, Hud, Saleh, Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yakub, Yusuf, Ayub, Syuaib, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Yunus, Ilyas, Ilyasa, Zulkifli, Zakaria, Yahya, Isa, dan Muhammad (Solawatullah a’laa nabiyyina wa alaihim ajma’in). Soal: Ada berapakah jumlah nabi yang diutus oleh Allah SWT kepada umat manusia? Jawab: Menurut sebahagian riwayat berjumlah 124.000 nabi dan menurut riwayat yang lain berjumlah 224.000 nabi. Soal:Sebutkan tarikh kelahiran dan kewafatan Nabi Muhammad SAW? Jawab: Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awwal 571 M dan beliau wafat pada 12 Rabiul Awal 632 M. Soal: Pada tahun berapakah Rasulullah SAW hijrah dari Makkah ke Madinah? Jawab: Pada tahun 622 Masihi. Pada tahun inilah kalendar Hijriah dihitung. Soal: Bagaimana kamu beriman kepada hari akhir? Jawab: Ketika seorang manusia meninggal dunia, dua malaikat akan datang dan bertanya beberapa pertanyaan seperti berikut: - Siapakah Tuhanmu? - Siapakah nabimu? - Apa nama kitab sucimu?

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=