RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
26 2) Malaikat Mikail AS bertugas mengatur peristiwa peristiwa alam, misalnya angin, hujan, biji-bijian, tumbuh tumbuhan, dan membahagikan rezeki. 3) Malaikat Israfil AS bertugas meniup sangkakala yang menandakan akan terjadinya hari kiamat serta bangkitnya manusia dan jin pada hari tersebut. 4) Malaikat Izrail AS bertugas mencabut nyawa. 5) Malaikat Munkar dan Nakir bertugas menyoal manusia di alam kubur. 6) Malaikat Raqib dan ‘Atid bertugas mencatat amal baik dan buruk. 7) Malaikat Malik bertugas menjaga neraka. 8) Malaikat Ridwan bertugas menjaga syurga. 9) Malaikat Hamalatul Arasy bertugas memikul Arasy yang berjumlah 8 malaikat. Di antara mereka, ada empat malaikat yang merupakan pemimpin dari para malaikat, iaitu Malaikat Jibril AS, Malaikat Mikail AS, Malaikat Israfil AS dan Malaikat Izrail AS. Orang yangmengingkari keberadaanmalaikat atau salah satu dari malaikat yang disebutkan di atas, akan menjadi murtad dan dimasukkan ke neraka selama-lamanya. Pada badan manusia juga terdapat 384 malaikat, tetapi yang diketahui namanya, Malaikat Raqib, Malaikat ‘Atid, dan Malaikat Hafazhah. Malaikat Hafazhah ini bertugas untukmengikuti danmenjagamanusiadari jindansyaitan.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=