RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

257 4) Ibu tiri 5) Haram dinikahi bersama adik dan kakak tiri Mahram dari sebab menyusui 1) Ibu yang pernah menyusui 2) Saudara perempuan sepersusuan TALAK (PENCERAIAN) Talak adalah melepaskan atau membatalkan ikatan tali pernikahan dari seorang suami terhadap isterinya. Kalimah untuk menjatuhkan talak ada dua jenis, iaitu 1) Sarih (terang-terangan), yakni kalimah cerai yang diucapkan secara jelas dan terang. Misalnya, “Saya ceraikan kamu.” Jika seorang suami mentalak isterinya dengan kalimah sarih meskipun tidak berniat menceraikan, talaknya tetap jatuh. 2) Kinayah (sindiran), yakni kalimah cerai yang diucapkan secara samar. Misalnya, “Pulanglah ke rumah keluargamu!” atau, “Pergilah dari sini!” Apabila seorang suami mentalak isterinya dengan kalimah kinayah akan tetapi tidak disertakan dengan niat, talaknya tidak jatuh. Seorang suami berhak menjatuhkan talak maksimum tiga kali. Jika talak pertama dan kedua telah jatuh, suami- isteri masih diperbolehkan rujuk sebelum masa iddahnya selesai, dan boleh menikah kembali sesudah masa iddah. Adapun jika talak ketiga telah jatuh, suami-isteri tidak boleh melakukan rujuk, kecuali apabila isteri telah menikah

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=