RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
256 MAHAR (MAS KAWIN) Mahar adalah pemberian wajib berupa wang atau barangan dari mempelai lelaki kepada mempelai perempuan kerana melaksanakan sebuah pernikahan. Banyaknya mahar tidak dibatasi oleh agama Islam, bergantung kepada kemampuan bakal mempelai lelaki dan kerelaan bakal mempelai perempuan. Namun, disunahkan untuk para perempuan agar mempermudah maharnya. Apabila mahar disebutkan ketika akad nikah, pemberian mahar ini wajib atas bakal mempelai lelaki. Jika mahar belum disebutkan, nikahnya tetap sah, tetapi makruh hukumya. MAHRAM Mahram adalah orang yang tidak halal dinikahi. Mahram dari pihak keturunan ada 7 orang, iaitu 1) Ibu dan nenek, ibu dari bapa dan seterusnya ke atas 2) Anak dan cucu seterusnya ke bawah 3) Adik perempuan seibu-sebapa, sebapa atau seibu 4) Adik perempuan dari sebelah bapa 5) Adik perempuan dari sebelah ibu 6) Anak perempuan dari adik perempuan 7) Anak perempuan dari adik lelaki Mahram dari sebab pernikahan 1) Mertua 2) Anak tiri apabila sudah campur dengan ibunya 3) Menantu
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=