RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
252 9) Binatang yang hidup di darat dan air, seperti katak, buaya, biawak, ketam batu dan sebagainya. 10) Binatang yang memakan tahi orang ataupun tahi binatang. Binatangyanghalal dimakanapabilamakanannya kebanyakan tahi, dagingnya belum halal dimakan, kecuali dia diberi makan beberapa hari lamanya dengan makanan lain. Kerbau dan lembu harus diberi makan selama 40 hari, kambing selama 7 hari, ayam dan burung selama 3 hari. Kemudian, baru boleh disembelih dan dimakan dagingnya. Apabila seseorang terpaksa memakan makanan yang haram, misalnya orang tersebut diancam akan dibunuh, ketiadaanmakanan di waktu perjalanan, dll, dalamkeadaan demikian semua makanan yang diharamkan menjadi halal untuknya, tetapi hanya sekadar untuk menghilangkan lapar sahaja dan tidak boleh berlebih-lebihan.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=