RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
250 10) Haram hukumnya bagi lelaki menyerupai kaum wanita dan wanita menyerupai kaum lelaki baik dalam pakaian, ucapan, dan lain-lain yang merupakan sifat khusus bagi jenis masing-masing. 11) Haram hukumnya mengambil sesuatu yang memabukkan seperti bir, ganja, heroin, morfin, kokain, dan lain sebagainya. Demikian pula diharamkan memperjual- belikannya. 12) Haram hukumnya seseorang yang menjatuhkan dirinya ke dalam jurang seperti bunuh diri, memakan batu, tanah, racun, kaca dan sebagainya. BINATANG YANG HALAL DIMAKAN 1) Binatang ternakan, iaitu binatang yang kuku kakinya berbelah dua, seperti unta, lembu, kerbau, kambing, biri- biri dan binatang lain yang sejenis. 2) Kuda, kijang, rusa, rubah, arnab, landak, kambing hutan, tupai, tenggiling, keldai liar, dan belalang. 3) Binatang yang hidup di air meskipun sudah mati, kecuali kodok, kura-kura, dan ketam. 4) Burung yang tidak berburu dengan cakarnya, seperti ayam, ayam belanda, merpati, burung unta, itik, angsa, bulbul, woodcock, ayam hutan, burung jajak, pemakan lebah, burung undan, puyuh, burung tekukur, merbuk, punai, dan sejenisnya. 5) Burung air, seperti itik, angsa, dan sejenisnya, kecuali burung bangau.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=