RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
249 tetapi, jika kandungan suteranya lebih banyak, hukumnya tetap haram. 4) Memakai bekas dan pakaian milik orang kafir hukumnya makruh. 5) Diharamkan bagi lelaki mewarnakan rambut, janggut, atau misai dengan warna hitam, bagi perempuan juga diharamkan mewarnakan rambutnya dengan warna hitam. Orang yang sudah lanjut usia disunahkan untuk mewarnai rambutnya dengan selain warna hitammenggunakan daun inai atau warna coklat. 6) Menyambung rambut dengan rambut orang lain diharamkan bagi lelaki dan perempuan. 7) Wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu wajah seperti kening dan bulu mata hukumnya adalah haram begitu pula wanita yang meminta dicukurkan telah melakukan sesuatu yang dilarang, kecuali jika tumbuh janggut atau misai pada wajah wanita tersebut. Dalam masalah ini, ia boleh mencukurnya. 8) Mentatu, iaitu melukis pada kulit tubuh dengan cara menusuki kulit dengan jarum halus kemudian memasukkan zat warna ke dalam bekas tusukan tersebut. Perbuatan ini haram hukumnya bagi yang mentatu ataupun yang minta ditatukan. 9) Menjarakkan gigi, yakni menggunakan kikir untuk mengecilkan bentuk gigi agar lebih indah dan kelihatan masih muda. Perbuatan tersebut jelas haram hukumnya baik yang mengikir ataupun yang dikikirkan giginya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=