RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

246 cara dan bentuk yang berbeza. Maka dari itu, setiap muslim mempunyai tugas untuk terus berjuang, melawan dan mengalahkan kebatilan. Ini adalah bentuk jihad yang zahir. Selain itu, ada juga juga jihad yang bersifat batin iaitu jihad yang dilakukan untuk melawan hawa nafsunya. Jihad inilah yang merupakan jihad terbesar. Rasulullah SAW bersabda, “Kita kembali dari jihad kecil menuju jihad paling besar.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah jihad yang paling besar itu?” Beliau menjawab, “Berjuang melawan hawa nafsu.” Di dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda, “Musuhmu yang paling besar adalah nafsumu yang ada di dalam dirimu.” KEWAJIPAN-KEWAJIPAN ORANG MUSLIM DALAM BERMASYARAKAT MEMPERHATIKAN HAK-HAK JIRAN Setelah keluarga dan saudara, orang yang paling dekat dengan kita adalah jiran. Kita harus memperhatikan hak- hak jiran dengan sebaik-baiknya, dengan tidak membuat mereka merasa terganggu atas perbuatan yang dilakukan oleh tangan dan lidah kita serta dari perbuatan-perbuatan yang lain. Sebab, Rasulullah SAW bersabda, “Jibril senantiasa menasihatiku tentang hak-hak jiran hingga aku mengira bahawa jiran itu akan mendapat bahagian harta waris.”

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=