RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
243 wang, dan hal-lain lain yang bersifat duniawi. Penasihatnya adalah para syaitan. Adapun wazir dari roh sultani adalah akal Ma’ad iaitu akal yang salu berfikir tentang akhirat dan selalu mendorong kepada kebaikan. Penasihatnya adalah para malaikat. Roh haiwani selalu mendorong manusia untuk mencari kelazatan, baik itu berupa makan, minum, atau pakaian yang bagus. Oleh kerana itu, roh haiwani memberikan kekuatan untuk hal-hal fizik dan mencuba mempengaruhi manusia untuk selalu mengejar semua kelazatan tersebut. Akan tetapi, roh sultani selalu berusaha mendorong manusia untuk selalu berzikir, bertafakur, dan beribadah kepada Allah SWT serta menjauhi perbuatan-perbuatan yang diharamkan. Dengan hal ini, roh sultani pun dapat mengalahkan roh haiwani. Dari penjelasan di atas dapat difahami bahawa dua hal tersebut selalu berusaha untuk memberikan pengaruh bagi manusia. Dua hal ini selalu bertentangan dan berseteru kerana saling berlawanan antara satu sama lain. Asal dari roh haiwani adalah mendorong kepada keburukan dan diberi nama nafsu amarah. Sifat ini merupakan bukti yang muncul dari sifat Jalal Allah SWT, dan selalu berusaha untuk mendapatkan kelazatan dan kekuatan yang bertentangan dengan sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT. Asal dari roh sultani adalah sifat kemurnianatau kesucian. Sifat ini dinamakan sifat insani dalam erti seorang manusia akan menjadi sempurna jika dia memiliki sifat ini. sifat ini adalah pantulan dari sifat Jamal Allah SWT. Dia akan
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=