RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
242 harus selalu memiliki sifat khauf atau takut dari azab Allah SWT dan sifat raja’ atau selalu mengaharap rahmat dari Allah SWT. Maka dari itu, apabila dikatakan, “Ada seseorang yang akan masuk syurga.”, dia harus berfikir apakah orang tersebut adalah dirinya, atau dikatakan juga, “Ada seseorang yang akan dijerumuskan ke neraka.”, dia harus merasa bahawa dirinyalah orang yang akan dijerumuskan tersebut. Dalam sebuah hadith kudsi Allah SWT berfirman, “Apabila hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan datang kepadanya dengan berlari.” Dari hadith ini dapat difahami bahawasanya Allah SWT akan mengampuni dan memberikan hidayah kepada hambanya yang memohon ampunan dan hidayah darinya.” NAFSU AMARAH Manusia memiliki 2 roh, iaitu a) Roh haiwani, iaitu hawa nafsu. Roh haiwani ini diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat Jalal-Nya. b) Roh sultani, iaitu roh yang diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat Jamal-Nya. Tubuh manusia diibaratkan seperti sebuah kerajaan yang dikendalikan oleh kedua roh ini dan setiap roh memiliki wazir dan pembimbing agama (Syeikhul Islam). Wazir dari roh haiwani adalah akal Ma’asy atau akal yang selalu berfikir tentang bagaimana cara memperoleh harta,
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=