RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

239 8) Derhaka kepada orang tua 9) Berputus asa dari rahmat Allah SWT 10) Melakukan riba 11) Mencuri 12) Minum minuman keras Dosa-dosa besar tidak hanya yang disebutkan di atas, perbuatan-perbuatan lain yang hampir sama dengan perbuatan tersebut juga dianggap sebagai dosa besar. Begitu pula dosa kecil yang dilakukan secara terus- menerus boleh menjadi dosa besar. TAUBAT DAN ISTIGHFAR Bertaubat dari setiap dosa hukumnya adalah wajib. Jika dosa terjadi di antara hamba dengan Allah SWT dan tidak berkaitan dengan hak manusia, terdapat tiga syarat yang harus dilakukan, iaitu 1) Menjauhi perbuatan dosa yang dilakukan, 2) Menyesali perbuatan dosa tersebut, 3) Bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan dosa lagi. Jika salah satu syaratnya tidak dipenuhi, taubatnya tidak sah dan sia-sia belaka. Jika taubatnya berkaitan dengan hak manusia, syarat yang harus dilakukan ada empat, iaitu tiga syarat yang telah disebutkan di atas dan ditambah satu syarat lagi, iaitu membebaskan diri (memenuhi) hak orang tersebut. Jikaberbentukperbuatandosayangdilakukanmengenai harta benda atau sejenisnya, dia harus mengembalikannya.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=