RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
236 TATA CARA MENYEMBELIH 1) Berniat untuk menyembelih haiwan korban, niatnya seperti berikut. “Ya Rabbi, aku menyembelih korban dengan niat untuk mendapatkan redha-Mu. Tubuh ini telah berbuat sebegitu besar dosa dan kesalahan kepada-Mu. Maka, untuk mendapatkan ampunan-Mu, aku harus mengorbankan tubuhku ini kepada-Mu. Akan tetapi, Engkau telah mengharamkan mengorbankan manusia. Oleh kerana itu, aku menyembelih haiwan ini sebagai pengganti tubuhku, terimalah korbanku ini.” 2) Membaringkan haiwan dengan lambung kiri rapat ke tanah sehingga tangan kiri orang yang menyembelih berada di sebelah kepala haiwan. 3) Mengikat dua kaki depan dan kaki kiri belakang haiwan dengan tali. 4) Menghadap ke arah kiblat ketika menyembelih. 5) Membaca doa ketika hendak menyembelih. 6) Setelah mengumandangkan takbir 3 kali, kita membaca Bismillahi Allahu Akbar lalu menyembelih haiwan korban dengan cara pisau yang tajam ditekan dengan kuat ke leher haiwan sehingga saluran pernafasan dan saluran makanan benar-benar putus. AKIKAH Akikah adalah penyembelihan haiwan korban berupa biri-biri atau kambing sebagai bentuk rasa syukur orang tua kepada Allah SWT atas kelahiran bayinya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=