RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
234 Para ulama telah bersepakat bahawa binatang yang boleh disembelih sebagai korban hanyalah binatang ternakan berkaki empat, seperti unta, lembu, kerbau, dan biri-biri atau kambing. Jika telah memasuki 01 Zulhijjah, orang yang akan berkorban disunahkan untuk tidak memotong kuku dan mencukur rambut hingga haiwan korbannya telah disembelih. JENIS-JENIS HAIWAN KORBAN 1) Biri-biri yang telah berumur 1 tahun lebih. 2) Kambing yang telah berumur 2 tahun lebih. 3) Lembu yang telah berumur 2 tahun lebih. 4) Unta yang telah berumur 5 tahun lebih. SYARAT-SYARAT HAIWAN KORBAN 1) Haiwan korban harus berupa binatang ternak, iaitu unta, kerbau, lembu dan kambing biri-biri atau kambing biasa. 2) Haiwan korban telah sampai usia yang ditentukan oleh syara`. 3) Haiwan korban tidak boleh cacat, yakni tidak buta, tidak tempang, tidak sakit, tidak terpotong telinganya atau ekornya, tidak patah tanduknya, tidak kurus, dan lain sebagainya. 4) Penyembelihan korban harus dilakukan pada waktu yang telah ditentukan oleh syara`. Jika haiwan korban disembelih sebelum atau sesudah waktu tersebut, korban yang disembelih tidak sah.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=