RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

233 d) Jika tidak menemukannya, dia harus membeli bahan makanan sesuai dengan harga unta atau lembu kemudian diberikan kepada fakir miskin. e) Jika tidak mampu, dia harus berpuasa sebanyak sedekah yang seharusnya diberikan, satu hari puasa untuk satu fidyah yang harus dibayar. Sedekah dan korban harus dilaksanakan di Tanah Haram, sedangkan puasa boleh dilaksanakan di tempat mana pun, baik di Tanah Haram mahupun di negara asalnya. Selain itu, tidak boleh menebang pokok dan memburu di Tanah Haram baik dalam keadaan ihram ataupun tidak. KORBAN DAN AKIKAH KORBAN Korban adalah binatang ternakan yang disembelih dengan tujuan semata-mata beribadah kepada Allah SWT pada Hari Raya Aidil Adha (10 Zulhijjah) dan hari Tasyrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah). Korban hukumnya sunah muakkad bagi setiap muslim yang mampu. Seekor kambing atau biri-biri boleh disembelih untuk seorang sahaja, sedangkan seekor unta atau lembu boleh disembelih untuk 7 orang. Waktu menyembelih korban adalah dimulai setelah solat Aidil Adha sampai terbenam matahari pada akhir hari Tasyrik.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=