RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
231 3) Sa’i di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali. 4) Tahalul, iaitu memotong rambut. WAJIB UMRAH 1) Ihram dari miqat. 2) Menjauhkan diri dari segala sesuatu yang dilarang ketika sedang berihram. KORBAN YANG WAJIB DILAKSANAKAN PADA IBADAH HAJI 1) Jika seseorang meninggalkan salah satu perkara yang diperintahkan dalam ihram, dia wajib menyembelih seekor biri-biri atau kambing sebagai korban. Jika tidak menemukan binatang korban, dia harus berpuasa sebanyak 10 hari (selama 3 hari ketika berhaji dan 7 hari sebelum kembali ke tanah air). 2) Jika seseorangmelakukan hal-hal yang dilarang ketika berihram, seperti mencukur rambut, memotong kuku, memakai pakaian berjahit, mengoleskan minyak rambut ke rambut, misai, atau janggut, memakai wangi-wangian, dan melakukan sesuatu yang dapat membangkitkan syahwat (jimak), orang tersebut wajib menyembelih korban. Dia boleh memilih beberapa dam (denda), iaitu menyembelih seekor biri-biri atau kambing, berpuasa selama tiga hari, atau memberi makan kepada enam orang fakir miskin.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=