RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

230 JENIS-JENIS HAJI 1) Haji ifrad , iaitu mengerjakan ibadah haji terlebih dahulu kemudian mengerjakan umrah. Ini adalah cara haji yang paling utama. 2) Haji qiran , iaitu mengerjakan ibadah haji dan umrah secara bersama-sama. 3)Haji tamattu’ , iaitumengerjakan ibadahumrah terlebih dahulu kemudian mengerjakan ibadah haji. Seseorang yang melakukan haji tamattu’ terlebih dahulu memulai ihram dari miqat yang ditentukan kemudian melakukan umrah. Setelah itu, dia memulai memasuki ihram dari tempat sebelumnya untuk melaksanakan ibadah haji. Orang yang melaksanakan haji tamattu’ dan qiran wajib menyembelih seekor korban (Dam) kecuali bagi orang yang tinggal di kawasan masjid al-Haram, maka tidak wajib korban baginya UMRAH Umrah menurut bahasa ertinya ziarah atau menjenguk, sedangkan umrah menurut istilah syar’i adalah mengunjungi Baitullah (Ka’bah) untuk beribadah kepada Allah SWT dengan syarat dan rukun tertentu. Umrah boleh dilaksanakan bila-bila saja. RUKUN UMRAH 1) Ihram. 2) Tawaf sebanyak tujuh kali.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=