RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

229 9) Berjimak atau bersentuhan dengan wanita dengan syahwat. 10) Memotong atau mencabut segala pepohonan yang terdapat di Tanah Haram. Para jemaah haji lelaki menanggalkan segala pakaian yang berjahit dan hanya memakai pakaian ihram yang terdiri dari dua helai kain (disebut izar) dan selendang (disebut rida) berwarna putih Apabila seseorang melakukan salah satu larangan haji, dia wajib membayar denda (dam). Orang yang melakukan akad nikah pada saat haji tidak dikenakan fidyah kerana nikahnya tidak sah. Orang yang melakukan jimak pada saat haji, hajinya akan batal. Namun, dia tetap harus melanjutkan ibadah hajinya hingga selesai. Apabila seseorang tidak sempat melakukan wukuf di Arafah, dia melaksanakan tawaf dan sa’i lalu keluar dari ihramnya. Orang tersebut harus mengqhada hajinya serta menyembelih korban (hadyu). Orang yang meninggalkan salah satu rukun haji tidak boleh keluar dari ihram selama mana dia belum melaksanakan rukun yang tertinggal. Orang yang meninggalkan salah satu wajib haji perlu menggantinya dengan menyembelih korban (Dam). Orang yang meninggalkan salah satu sunah haji tidak wajib melakukan sesuatu apa pun.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=