RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

22 3) Mukhalafatun lil hawadith ertinya tidak menye- rupai makhluk-Nya. Mustahil jika Allah SWT bersifat mumaathalatun lilhawadithi (serupa dengan yang baharu). 4) Qiyaamuhu binafsihi ertinya berdiri sendiri, mustahil jika Allah SWT bersifat ihtiyajuhu ila ghairihi (memerlukan kepada sesuatu yang lain). 5) Wahdaniyah ertinya Maha Esa. Allah SWT Maha Esa pada zatNya, sifat-sifatNya dan af‘alNya, mustahil jika Allah SWT ta‘addud (berbilang-bilang). C. SIFAT MA’ANI Sifat ma’ani adalah sifat abstrak yang wajib ada pada Allah SWT. Sifat ma’ani berdiri dengan zat Allah SWT. Adapun sifat ma’ani ini terbahagi menjadi 7, iaitu 1) Qudrat ertinya Maha Kuasa, mustahil jika Allah SWT bersifat Ajzun (lemah). Allah SWT berkuasa atas segala sesuatu. 2) Iradat ertinya Maha Berkehendak, mustahil jika Allah SWT bersifat Karhan (terpaksa). Allah SWT memiliki kemampuan mutlak dalam berkehendak sehingga Dia dapat mewujudkan apa pun yang dikehendakiNya, dan dengan cara apa pun yang Dia inginkan. 3) Ilmu ertinya Maha Mengetahui. Mustahil jika Allah SWT bersifat Jahlun (bodoh). Allah SWT Maha Mengetahui apa yang tersembunyi, dan segala keinginan atau niat yang kita rahsiakan. 4) Hayat ertinya Maha Hidup dan Maha Menghidupkan. Mustahil jika Allah SWT bersifat maut (mati).

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=