RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
227 4) Melontar ketiga jamrah, iaitu jamrah aqabah sebanyak tujuh kali pada 10 Zulhijjah serta jamrah ula dan wusta’ setiap hari pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. 5) Menjauhkan diri dari segala larangan atau yang diharamkan. SYARAT TAWAF 1) Tawaf dimulai dari Hajar Aswad. 2) Kaabah berada di sebelah kiri orang yang melakukan tawaf. 3) Tawaf dilaksanakan di luar Kaabah. 4) Tawaf dilaksanakan di dalam Masjidil Haram. 5) Suci dari hadas dan najis. 6) Tawaf dilakukan sebanyak tujuh kali. 7) Menutup aurat. SYARAT SA’I 1) Sa‘i dilakukan setelah tawaf, baik tawaf rukun atau pun tawaf qudum (tawaf ketika baru sampai). 2) Sa’i dimulai dari Bukit Safa dan diakhiri di Bukit Marwah. 3) Sa’i dilakukan sebanyak tujuh kali. SUNAH-SUNAH HAJI 1) Mengerjakan haji ifrad, iaitu mengerjakan ibadah haji terlebih dahulu kemudian mengerjakan umrah. 2) Membaca kalimah talbiyah seperti berikut.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=