RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

226 b) Aman dalam perjalanan c) Mempunyai kenderaan d) Mempunyai bekalan yang cukup untuk dirinya dan keluarga yang ditinggalkannya e) Bagi wanita harus didampingi suami atau mahramnya RUKUN HAJI 1) Ihram, iaitu berniat untuk memulai mengerjakan haji atau umrah. 2) Wukuf, iaitu berdiam di Padang Arafah bermula dari tergelincirnya matahari pada tarikh 9 Zulhijjah hingga terbitnya fajar pada tarikh 10 Zulhijjah. 3) Tawaf, iaitu mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. 4) Sa‘i, iaitu berlari-lari anak di antara Bukit Safa dan Marwah. 5) Tahallul, iaitu mencukur rambut paling sedikit 3 helai. 6) Tertib, iaitu melakukan rukun haji secara berurutan. WAJIB HAJI 1) Ihram dari miqat, iaitu mulai berihram dari batas waktu dan tempat yang ditentukan, contohnya orang Indonesia dan malaysia memulai ihram dari Bukit Yalamlam. 2) Bermalam di Muzdalifah meskipun sebentar setelah jam 00.00 malam, iaitu pada malam ke-10 Zulhijjah. 3) Bermalam di Mina, iaitu mulai dari malam ke-11 hingga ke-13 Zulhijjah.

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=