RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
224 IKTIKAF Iktikaf menurut bahasa adalah diam, sedangkan menurut istilah adalah berdiam diri beberapa waktu di dalam masjid sebagai suatu ibadah dengan syarat-syarat tertentu (sambil menjauhkan fikiran dari keduniaan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT). Hukumnya adalah sunah muakkad, terutama pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan. RUKUN IKTIKAF 1) Berniat untuk iktikaf. Adapun niat iktikaf adalah seperti berikut. َ ال َ ع َ تـ ِ لله ِ ً ة َّ ن ُ س ِ د ِ ج ْ س َ ا الم َ ذ َ ه ِ نویت الاعتكاف ف Ertinya: “Aku berniat iktikaf di masjid ini kerana Allah SWT.” 2) Berdiam diri di dalam masjid, tidak mencukupi ber- diamnya itu sekadar tuma’ninah, tetapi harus lebih dari itu. HAL-HAL YANG MEMBATALKAN IKTIKAF 1) Bersetubuh, kecuali apabila terlupa bahawa dia sedang I’tikaf 2) Keluar mani dengan sebab syahwat. 3) Murtad (keluar dari agama Islam). 4) Hilang akal kerana gila atau mabuk. 5) Keluar dari masjid dengan sengaja tanpa keperluan meskipun sebentar. Sementara itu, itikaf tetap sah dan tidak batal jika orang yang beri’tikaf keluar masjid kerana ada sebuah keperluan, seperti makan, mandi, dan lain sebagainya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=