RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
223 e) Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkan puasa. 2) Orang yang boleh meninggalkan puasa dan tidak wajib qadha, tetapi wajib membayar fidyah: a) Orang yang sakit dan tidak ada harapan untuk sembuh. b) Orang yang lemah kerana sudah tua, dan tidak memiliki kekuatan. Di samping itu, apabila seorangmuslimmeninggal dalam keadaan berhutang puasa, ahli warisnya harus membayar fidyah untuk orang tersebut untuk setiap harinya. Fidyah adalah denda berupa sedekah (memberi makan) kepada fakir miskin sebanyak 1 mud beras (kurang lebih 575 gram) untuk satu hari puasa yang ditinggalkan. JENIS-JENIS PUASA 1) Puasa wajib, iaitu puasa bulan Ramadan, puasa kafarah, dan puasa nazar. 2) Puasa sunah, seperti puasa Isnin-Khamis, puasa Arafah, puasa Asyura, dll. 3) Puasa makruh, seperti puasa pada hari syak, dll. 4) Puasa haram, iaitu puasa pada hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan puasa di hari tasyrik, iaitu pada tarikh 11, 12, dan 13 Zulhijjah.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=