RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
222 7) Hendaklah memperbanyakkan sedekah. 8) Berbuka puasa diawali dengan kurma, sesuatu yang manis, atau dengan air. 9) Memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa. 10) Iktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadan. HAL-HAL YANG MEMPERBOLEHKAN TIDAK BERPUASA RAMADAN Orang yang diperbolehkan untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan terbahagi kepada dua golongan, iaitu 1) Orang yang boleh meninggalkan puasa, tetapi wajib mengqadhanya: a) Orang yang sakit apabila dengan berpuasa dapat membahayakan dirinya. b) Orang yang sedang melakukan perjalanan jauh (musafir). c) Wanita hamil yang dikhuatirkan akan membahayakan dirinya dan kandungannya jika berpuasa. Namun, apabila kekhuatiran atas anak yang dikandungnya, dia harus mengqada puasanya dan membayar fidyah untuk setiap harinya. d) Ibu yang menyusui anaknya yang dikhuatirkan akan membahayakan diri dan anaknya jika berpuasa. Namun, apabila kekhuatiran atas anak yang disusuinya, dia harus mengqada puasanya dan membayar fidyah untuk setiap harinya.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=