RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
220 7) Melahirkan walaupun tidak ada cairan yang keluar 8) Menjadi gila meskipun sebentar. 9) Pengsan seharian. 10) Murtad, yakni keluar dari Islam. Orang yang membatalkan puasa kerana bersetubuh pada bulan Ramadan wajib mengqadha dan membayar kafarah. Kafarahnya adalah memerdekakan seorang hamba sahaya yang beragama Islam. Jika tidak mampu, dia harus berpuasa selama dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu juga, dia harus memberi makan kepada fakir miskin sebanyak 60 orang, setiap orang akan mendapat satu mud (3/4 liter beras). Sementara itu, orang yang membatalkan puasa selain bersetubuh wajib mengqadha puasanya sahaja. HAL-HAL YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA 1) Makan, minum, dan bersetubuh kerana lupa. 2) Mengeluarkan sperma, bukan kerana bersentuhan atau berciuman, tetapi kerana berkhayal atau melihat sesuatu yang boleh mendatangkan syahwat. 3) Mencium tanpa mengeluarkan air mani. 4) Tidak sedar sampai pagi. 5) Menelan hingus dari kerongkong. 6) Menelan hingus dari hidung. 7) Memasukkan air ke dalam telinga. 8) Menelan apa pun sesuatu yang kecil yang tersisa di dalam mulut.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=