RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
219 SYARAT SAH PUASA 1) Islam 2) Mumayiz 3) Suci dari haid dan nifas (bagi wanita) 4) Dalam waktu yang diperbolehkan puasa, iaitu bukan dalam waktu yang diharamkan berpuasa RUKUN PUASA 1) Niat untuk puasa. Niat harus dilakukan pada setiap hari. Adapun untuk puasa wajib, niatnya harus dilakukan pada malam hari, sedangkan untuk puasa sunah, niatnya boleh dilakukan pada siang hari sebelum tergelincirnya matahari dengan syarat belum melakukan sesuatu yang dilarang bagi orang yang berpuasa. 2) Menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari. HAL-HAL YANG MEMBATALKAN PUASA 1) Makan dan minum atau memasukkan segala sesuatu ke dalam rongga badan (mulut, hidung, telinga, dubur, qubul, luka) dengan sengaja. 2) Menggunakan ubat melalui dubur dan qubul. 3) Muntah dengan sengaja. 4) Bersetubuh. 5) Keluar mani dengan sengaja. Bermimpi di siang hari tidak membatalkan puasa. 6) Keluar darah haid atau nifas bagi perempuan.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=