RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII

21 SIFAT WAJIB DAN MUSTAHIL BAGI ALLAH  SWT Sifat wajib Allah SWT tergolong dalam 4 golongan, iaitu 1) Sifat Nafsiyah 2) Sifat Salbiyah 3) Sifat Ma`ani 4) Sifat Maknawiyah A. SIFAT NAFSIYAH Sifat nafsiyyah adalah sifat yang menjelaskan tentang keberadaan zat Allah SWT. Adapun sifat nafsiyyah ini hanya satu, iaitu 1) Wujud ertinya ada. Mustahil jika Allah SWT bersifat a’dam (tidak ada). B. SIFAT SALBIYAH Sifat salbiyah adalah sifat yang menolak sifat-sifat yang tidak layak bagi Allah SWT. Sifat-sifat ini hanya dimiliki oleh Allah SWT dan tidak dimiliki oleh makhlukNya. Adapun sifat salbiyah ini terbahagi menjadi 5, iaitu 1) Qidam ertinya terdahulu (azali). Tidak ada permulaan bagi zat Allah SWT dan sifat-sifatNya, mustahil jika Allah SWT bersifat hudus (baru). 2) Baqa’ ertinya kekal (abadi). Zat Allah SWT dan sifat- sifatNya tidak berakhir, mustahil jika Allah SWT bersifat fana’ (rosak/binasa).

RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=