RINGKASAN FIQH MAZHAB SYAFII
215 3) Zakat fitrah wajib dikeluarkan sejak matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadan. Orang yang meninggal dunia setelah tenggelamnya matahari wajib dikeluarkan zakat fitrahnya. Namun, seorang bayi yang lahir setelah matahari terbenam pada hari terakhir bulan Ramadan tidak wajib dikeluarkan zakat fitrahnya. Zakat fitrah adalah makanan yang dimakan setiap hari (makanan asasi) dalam suatu negeri. Misalnya, beras atau gandum. Kadar zakat fitrah untuk setiap orang adalah 1 sa’ (2,5 kg). Setiap orang Islam wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi dirinya sendiri dan orang yang menjadi tanggungannya, seperti isteri, anak, dan sebagainya. Waktu pembayaran zakat fitrah adalah seperti berikut. 1) Waktu mubah atau waktu yang diperbolehkan untuk mengeluarkan zakat fitrah, iaitu dimulai dari awal bulan Ramadan sampai hari terakhir bulan Ramadan. 2) Waktu wajib, iaitu dimulai dari terbenamnya matahari pada hari terakhir bulan Ramadan. 3) Waktu sunah, iaitu setelah solat Subuh sebelum pergi solat Aidil Fitri. 4) Waktu makruh iaitu setelah solat Aidil Fitri, tetapi sebelum terbenam matahari pada Hari Raya. 5) Waktu haram, iaitu setelah terbenam matahari pada Hari Raya Aidil Fitri. Catatan: Menurut mazhab Syafi’i, membayar zakat fitrah dengan wang seharga makanan hukumnya adalah tidak sah.
RkJQdWJsaXNoZXIy NTY0MzU=